
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI ISLAM (KOLEJ UNITI)
Di Kolej Universiti Teknologi Islam, kami komited dalam memberi perkhidmatan pendidikan yang profesional dan memastikan sesi pembelajaran yang dilaksanakan mengikut silibus yang bersesuaian dengan permintaan industri.
Kami mempunyai misi untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran berlawanan dari pemikiran konvensional dan menerokai sempadan ilmu.
Kami menjemput anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kolej Universiti Teknologi Islam dan menemukan sistem pendidikan yang sesuai dengan diri anda.
SEJARAH PENUBUHAN
Ditubuhkan pada 27 Januari 1997. Lokasi kampus bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan. Selama 21 tahun ini UNITI telah melahirkan ramai graduan yang berkualiti didalam pelbagai sektor dan lebih dari 19 kursus di peringkat Diploma ditawarkan pada masa ini. Diiktiraf oleh MQA , KPM & JPA. Kini, UNITI telah mempunyai 2 kampus iaitu kampus induk di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Kampus ke-2 di Kota Bharu, Kelantan.
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
---|
MISI
Untuk menyumbang secara positif kepada negara Malaysia sebagai sebuah negara industri dengan melahirkan teknokrat cemerlang yang menghayati nilai akhlak murni.
VISI
Sebuah institusi antarabangsa cemerlang mampu melahirkan ahli profesional yang berkebolehan dan berupaya tinggi serta memiliki kepakaran teknik yang relevan dan semasa bagi negara Malaysia sebagai sebuah negara industri dinamik dan terus membangun.
INFO
PROGRAM USAHASAMA UITM & UPM
Kolej Uniti merupakan IPT yang menjalankan program Bersekutu (usahasama) dengan UITM & UPM sejak sekian lama.
Program usahasama ini membawa maksud program- program Diploma yang ditawarkan dari campus induk UITM atau UPM dilaksanakan pembelajarannya di UNITI. Pelajar yang mengikuti program ini akan dianugerahkan diploma daripada UITM atau UPM dan juga merupakan golongan mahasiswa universiti awam. Pelajar juga akan memperolehi kad metrik UITM atau UPM serta boleh menggunakan kemudahan pelajar di campus induk UITM atau UPM. Cuma perbezaan pelajar ini dengan pelajar universiti awam yg lain adalah lokasi kampus pembelajaran sahaja.
Program ini ditubuhkan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar yang ingin belajar di universiti awam tetapi gagal mendapatkan tempat kerana had minimum yang disyaratkan oleh institusi tersebut amat terhad serta rata-ratanya memerlukan syarat 7A & ke atas mengikut kelayakan SPM pelajar.
KELEBIHAN MENYERTAI PROGRAM USAHASAMA
Pelajar yang tamat pengajian akan dianugerahkan diploma dalam istiadat konvokesyen di UiTM dan UPM.
Silibus pengajaran dan sistem peperiksaan yang dijalankan sama seperti di UiTM dan UPM.
Tenaga pengajar sentiasa mendapat pendedahan dan latihan dari tenaga pengajar UiTM dan UPM.
Bagi menjaga kualiti yang berterusan, UiTM dan UPM mengadakan pemantauan berkala dan audit kualiti setiap tahun.
Setiap pelajar layak mendapat pinjaman PTPTN.
Graduan dari program usahasama ini juga mempunyai peluang pekerjaan di SEKTOR KERAJAAN mahupun swasta dan setaraf dengan graduan yang mengikuti kursus di kampus induk UiTM dan UPM
PENGIKTIRAFAN MYQUEST
Kolej UNITI merupakan insititusi pengajian tinggi yang diiktiraf dan mendapat kelulusan penuh dari Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Semua program yang ditawarkan telah mendapat pengiktirafan dari Malaysian Qualifications Agency (MQA). Pada tahun 2017 Kolej UNITI sekali lagi diberi Penarafan (tertinggi) 6 * MyQuest 2016/2017. Majlis penyampaian penarafan My Quest 2016/2017 dilakukan oleh YB Dato' Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi. Dengan pengiktirafan ini para graduan dari UNITI berpotensi untuk mendapat pekerjaan dari sektor KERAJAAN mahupun swasta.
“Poor is the pupil who does not surpass his master.”
Leonardo Da Vinci

HUBUNGI KAMI
KOLEJ UNITI PORT DICKSON
Persiaran UNITI Viilage, Tanjung Agas,
71250 Port Dickson, Negeri Sembilan